Lelaki Ini Diikat Selepas Menggila Di Dalam Kapal Terbang Yang Baru 5 Minit Berlepas

3535BC7C00000578-3638707-image-a-65_1465810900299
Insiden ini berlaku ketika penerbangan China Southern Airlines baru je lima minit berlepas dari Harbin menuju ke Wuhan. Tiba-tiba seorang lelaki seperti dirasuk menjerit “Siapa nak tangkap aku, aku nak terbang ke angkasa”.
Lelaki itu kemudiannya berlari ke arah pintu masuk kokpit untuk memecahkan pintu tersebut namun tindakannya berjaya dihalang oleh krew penerbangan serta beberapa penumpang lain. Dia diikat di kerusi sepanjang perjalanan sehinggalah juruterbang membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Zhengzhou untuk menurunkannya.
Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut mempunyai masalah sakit mental dan telah dibawa pulang oleh ahli keluarganya.
 
Sumber: Mynewshub

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment