Betul Ke? Anak Lebih Berperangai Buruk Apabila Bersama Dengan Ibu?


Kredit foto: www.today.com
Betulkah kanak-kanak lebih berperangai buruk apabila bersama dengan ibu?
Suatu kajian telah di jalankan di Amerika Syarikat dengan memerhatikan tingkah laku daripada 500 keluarga. Hampir 100% kajian tersebut mengatakan kanak-kanak kuat merajuk, membeli makanan dan menuntut perhatian apabila ibu mereka ada bersama-sama.
Kebanyakan ibu percaya bahawa anak-anak berkelakuan buruk kerana menghabiskan masa yang lama bersama ibu berbanding dengan bapa. Manakala sebahagian ibu pula mengatakan mereka “terbeban” dek kerana mereka lebih berlembut dengan anak.
Namun kajian terbaru ini menunjukkan bahawa kanak-kanak berkelakuan buruk adalah disebabkan feromon.
Kajian khusus oleh University of Washingtonmengesahkan bahawa kanak-kanak berkelakuan lebih buruk apabila berdekatan dengan ibu mereka. Antara ciri-ciri kelakuan buruk itu adalah mengadu, menangis, menjerit, merampas permainan, bertindak di luar kawalan dan merajuk.
“Apa yang kami dapati kepada bayi berusia 8 bulan, ternyata mereka boleh bermain dengan gembira dan seronok apabila berseorangan. Tetapi apabila melihat ibunya berada berdekatan, hampir 100% kanak-kanak ini lebih cenderung merajuk, menghentakkan kaki dan meminta perhatian segera.
Walaupun daripada seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Mereka mula membaling sesuatu dan meminta makanan walaupun sudah makan apabila terdengar suara ibunya.”
– Dr. KP Leibowitz.
Penyelidik berpendapat bahawa penyebab kelakuan buruk ini datang daripada bau feromon semulajadi oleh ibu yang memberikan anaknya “kelegaan”.
Pendapat yang sama juga di kemukakan oleh Paul Olsen, bapa kepada 3 orang anak. Dia mengatakan “saya tertanya-tanya mengapa isteri saya tidak mempunyai masa, walaupun telah menguruskan segalanya dengan baik.”
Penyelidikan ini boleh di gunakan dalam kaedah pendidikan. 100% kanak-kanak lebih patuh kepada arahan dalam nada suara yang normal daripada seseorang yang lain berbanding ibu mereka sendiri. Sebaliknya, kanak-kanak patuh pada ibunya apabila menaikkan sedikit suara.
“Saya tidak memerlukan kajian untuk mengesahkannya, anak-anak saya bertindak dua kali lebih buruk apabila bersama dengan saya,” kata Lisa Powell ibu kepada empat orang anak.
Sekarang dah tahukan kenapa anak perangainya menjadi-jadi bila bersama dengan ibu ðŸ™‚
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment