AMARAN !! 'The Conjuring 2' JANGAN TONTON FILEM INI SEORANG DIRI !!



NAMPAKNYA, sesiapa yang ingin menonton filem seram The Conjuring 2 seorang diri mungkin perlu berfikir dua kali!
Di Filipina, sekeping gambar yang menunjukkan notis amaran yang ditampal oleh pihak KCC Cinema menyarankan penonton agar tidak menyaksikan filem arahan James Wan ini tanpa berteman telah menjadi viral di media sosial.
Menurut notis tersebut, terdapat beberapa kejadian aneh seperti ‘penampakan entiti’ dan perasaan ‘didatangi makhluk halus’ telah dilaporkan oleh penonton semasa tayangan awal pagi filem seram itu di pawagam milik gedung membeli-belah KCC Malls itu.
“Oleh kerana kami amat mengambil berat akan kesejahteraan anda, kami menasihati agar anda JANGAN TONTON FILEM INI SEORANG DIRI,” tulis notis pelik itu.
NOTIS AMARAN YANG DITAMPAL PIHAK KCC CINEMA MENASIHATI PENGUNJUNG AGAR TIDAK MENONTON THE CONJURING 2 SEORANG DIRI.



Notis amaran ini bukanlah satu-satunya ‘pemberitahuan’ bahawa filem The Conjuring 2 ini benar-benar seram.
Pada 16 Jun lalu, seorang lelaki berusia 65 tahun meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menonton filem ini di India.
Lelaki berkenaan dikatakan rebah di panggung wayang Balasubramaniar Sri di Tiruvannamalai, Tamil Nadu ketika filem seram itu mencapai kemuncak tayangannya, menurut laporan portalTimes Of India.
The Conjuring 2 merupakan kesinambungan daripada filem yang pertama, The Conjuring, yang menyelusuri kehidupan pasangan suami isteri Ed dan Lorraine Warren sebagai psikik pembasmi gangguan supernatural yang membantu untuk ‘membersihkan’ kediaman-kediaman klien mereka daripada gangguan makhluk halus.
Filem yang dibintangi oleh Vera Farmiga,Patrick Wilson, Frances O’Connor dan Madison Wolfe ini telah mengutip keuntungan pecah panggung berjumlah $104j (RM$22.6j) sejak ditayangkan di seluruh dunia pada awal Jun lalu.-MYNEWSHUB.CC
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment