KUALA LUMPUR: Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi kehilangan ibu tercinta, Norbaiti Surur jam 12.56 pagi tadi kerana sakit tua.
Allahyarhamah meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, di sini pada usia 90 tahun. Berita sedih itu dimaklumkan sendiri personaliti TV berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp.
"Ibu saya meninggalkan kami pada 22 Ramadan 1437. Harap dapat sama doakan kesejahteraan arwah ibu saya di sana. Al-fatihah,"
katanya. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat hari ini sebelum waktu Zohor. Arwah meninggalkan tujuh orang anak, 17 cucu dan 4 cicit.
Selanjutnya di : http://ift.tt/28XsYwl
SUMBER : http://ift.tt/29epwvy
Blogger Comment
Facebook Comment